Datuk Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri, Buat Live Video Di Facebook

14 June , 2017

Wah, mengamuk sungguh Datuk Aliff Syukri awal pagi tadi apabila pembantu rumahnya ditangkap kerana mencuri dan cuba untuk lari dari rumah.

BACA : Nampak Bulu Ketiak, Baju Raya Datuk Aliff Syukri Dikecam Netizen

Awal pagi tadi, Datuk Aliff Syukri telah membuat satu live video menerusi laman sosial Facebook miliknya di mana sedang memarahai pembantu rumahnya dan mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis.

Pembantu rumah yang berasal dari Indonesia itu dan dikenali sebagai Fitri didakwa telah mencuri kain sutera bertatahkan batu Swarovski yang dibeli dari Itali bernilai ratusan ringgit, wang RM100 dan beberapa helai pakaian.

Datuk Aliff menegaskan yang Fitri baru sahaja berkhidmat sebagai pembantu rumah selama sebulan dan diambil menerusi ejen dengan bayaran sebanyak RM30,000. Wow!

Ramai netizen memberikan pandangan yang berbeza dengan video yang dikongsikan oleh Datuk Aliff itu, dan rata-rata berang dengan pembantu rumahnya yang mencuri dan mahu dia dihantar ke balai polis dengan segera.

Walaupun begitu, ada juga netizen yang meminta Datuk Aliff bersabar dan memaafkan pembantu rumah tersebut kerana jumlah barang yang dicuri adalah tidak banyak dan biarlah pembantu rumahnya itu dihantar balik ke Indonesia.

VIDEO DATUK ALIFF SYUKRI MENGAMUK PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI

Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris Mengamuk Pembantu Rumah Curi…

Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris Mengamuk Pembantu Rumah Curi Barang & Duit..Info Lanjut : www.artisbuzz.com

Posted by ARTISBUZZ on Wednesday, 14 June 2017

ArtisBuzz – Perlu ke buat live video kat Facebook?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

Previous post:

Next post: