Isu Pangkat Dato’ & Doktor, Bukti Kad Pengesahan Nama (KPN) Boy Iman Palsu Didedahkan

13 June , 2017

Satu-persatu bukti pangkat Dato’ dan Doktor Falsafah yang dimiliki oleh pelakon dan penerbit filem Boy Iman dibongkar oleh individu yang prihatin dengan penipuan untuk sesuatu kepentingan.

BACA : Kantoi Ambil Gambar Bukan Dalam Istana, Boy Iman Dikecam Netizen

Jika sebelum ini isu bergambar di pagar Istana Pahang Kuala Lumpur dan majlis penerimaan PHD mendapat kritikan rakyat Malaysia, namun Boy Iman tidak serik menyebabkan ‘permainan’ Boy berjaya dihidu.

Sebelum ini Boy Iman ada berkongsi foto Kad Pengesahan Nama (KPN) yang tertera nama penuhnya iaitu Noruliman Bin A Rahman dan di bawahnya tertera nama serta pangkat yang dimilikinya iaitu Dato’ Dr. Noruliman Bin A Rahman di akaun Instagramnya.

Tarikh pada kad penduanya itu tertulis 04/01/2017 dan dipercayai tarikh kad tersebut dimasukkan di dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.

Apa yang mengejutkan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia melalui laman Facebook mengumumkan bermula 3 November 2016, JPN tidak lagi mengeluarkan Kad Pengesahan Nama kepada penerima Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri.

Aikh, macam mana pula Boy Iman ni boleh dapat lagi kad tersebut? Jeng jeng jeng… perhatikan potongan kad Boy Iman yang lurus dan tidak seperti yang asli di mana biasa kita lihat potongan putus-putus bukan?

Contoh Kad Pengesahan Nama (KPN) yang asli dikeluarkan oleh JPN.

Tarikh sahaja sudah menjelaskan yang Kad Pengesahan Nama Boy Iman ternyata palsu dan apatah lagi imej pada kad Boy Iman tidak seperti yang asli.

Kita tunggu apa komen Boy Iman sebab dia ni banyak alasan dan dalam kepala dia memang banyak idea untuk menjawab segala persoalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Buzz Buzz :
  • boy iman
  • gambar datok iman
  • boy iman kad pengesahan jpn
  • dato boy iman penipu
  • datuk boy iman penipu


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: