“Tak Perlu Penaja, Saya Mampu Tanggung Kos Perkahwinan Dengan Mewah” – Hans Isaac

14 June , 2017

Mungkin ramai yang tahu perkahwinan Hans Isaac yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini telah ditunda kepada tarikh lain atas alasan tertentu.

BACA : Hans Isaac Beritahu Neelofa Dirinya Akan Berkahwin Tahun Lalu

Bukan itu sahaja, pelakon dan produser filem ini juga memberitahu menolak tajaan perkahwinan kerana mampu menanggung kos perkahwinan dan mengaku berbelanja mewah untuk majlis perkahwinannya itu.

“Persiapan telah pun 70 peratus siap dan semuanya menggunakan duit saya sendiri tanpa sebarang tajaan.

“Boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah untuk majlis kahwin ini kerana ia merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.

“Selama ini saya sudah bekera keras untuk semua ini, jadi saya tidak kisah jika perlu berbelanja banyak,” – Hans Isaac

Mungkin tarikh perkahwinan Datuk Hans Isaac dan tunangnya Gabriela Robinson akan diumumkan tidak lama lagi.

ArtisBuzz – Tak kan masih teringat kat Neelofa kot? Ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: