“Takkan Nak Post Gambar Kubur & Batu Nisan” – Wak Doyok

12 June , 2017

Gara-gara Wak Doyok memuat naik gambar sebuah rumah banglo yang dihadiahkan khas untuk ibu bapanya di akaun Instagram miliknya, ramai yang mengkritik tindakan Wak seperti menunjuk dan berlagak.

Mungkin bengang dan berang dengan kritikan dan kecaman netizen di Instagram, Wak Doyok membidas kembali kritikan mereka dengan ayat-ayat yang pedas!

“Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik”

“Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu,” tulis Wak Doyok pada caption gambar di Instagram.

Wak Doyok menjelaskan hadiah rumah banglo kepada ibu dan bapanya itu untuk menghargai pengorbanan mereka dan berhasrat untuk membawa ibu bapanya ke Mekah untuk menyambut hari raya di sana.

ArtisBuzz – Ramai selebriti Malaysia berhari raya di Mekah tahun ni kan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: