Tarikh Dapat Datuk Tak Ingat, Kantoi Ambil Gambar Bukan Dalam Istana, Boy Iman Dikecam Netizen

13 June , 2017

Jika sebelum ini Boy Iman yang dikatakan telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) tetapi hanya bergambar di pagar istana mendapat kecaman netizen dan turut mempertikaikan gelaran tersebut.

BACA : “Gelaran Datuk & Doktor Falsafah Saya Sah!” – Boy Iman

Boy Iman tidak mengalah dan memberikan sebab-sebab mengapa beliau mengambil gambar di pagar istana yang viral baru-baru ini dan hairan mengapa gambar di dalam istana yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya tidak diambil tahu.

Mungkin gambar ini yang dimaksudkan oleh Boy Iman kot? Ya, gambar beramai-ramai di dalam istana dan menurut Boy Iman, gambar tersebut diambil oleh jurufoto istana yang memberikan pakej istimewa kepadanya.

Biasanya, majlis sebegini ada jurufoto istana dan percuma tetapi Boy Iman memberitahu jurufoto istana tersebut ‘cari makan’. Musykil?

Jika dilihat pada caption foto di atas, Boy Iman menyatakan gambar tersebut diambil oleh jurufoto yang ada ditulis akaun Instagram jurufoto tersebut. Tapi Boy Iman kata jurufoto istana yang ambil gambar, mana satu betul ni?

GAMBAR KANTOI DI DALAM ISTANA YANG NAMPAK PELIK

Namun, gambar asal yang mungkin lupa untuk disunting seorang wanita duduk di atas kerusi yang tidak mungkin berada di dalam istana telah kelihatan mengukuhkan lagi gambar tersebut bukan di dalam istana.

Lihat sahaja karpet yang nipis dan nampak kusam tidak melambangkan ianya sebuah istana yang biasanya karpet tebal dan mewah berwarna kuning keemasan.

Di sini kami sertakan gambar-gambar penerima darjah yang bergambar untuk kenangan di dalam istana seperti mana yang dilakukan berbeza oleh Boy Iman bergambar atas karpet lusuh dan di hadapan pagar istana.

Erkkk…

VIDEO PERBUALAN BOY IMAN DAN WARTAWAN METRO HARIAN

Isu Majlis Dato' : Perbualan Boy Iman & Wartawan Metro Harian

Isu Majlis Dato' : Perbualan Boy Iman & Wartawan Metro Harian Info lanjut : www.artisbuzz.com

Posted by ARTISBUZZ on Monday, 12 June 2017

Okay, ini pula video perbualan antara Boy Iman dan wartawan Metro Harian berkenaan dengan isu majlis tersebut dan bila ditanya tarikh majlis tersebut, tiba-tiba Boy Iman blur dan lupa tarikh majlis yang kononnya baru berlangsung dua minggu lepas.

Ingat lagi dengan majlis PHD Boy Iman tahun lepas? Majlis yang penuh dengan belon-belon seperti majlis hari jadi di tadika? Ahaks!

ArtisBuzz – Boy Iman sekarang busy shooting filem Blok 404, dia pelakon dan penerbit untuk filem tersebut…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Buzz Buzz :
  • boy iman dapat pingat dari sultan pahang
  • siapa dato boy iman
  • datuk pahang
  • siapa boy iman
  • boy iman instagram
  • boy iman dapa
  • boy iman zaman muda
  • dato boy iman
  • wardina dapat phd
  • konvo boy iman


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: