Tunai Umrah Ke 10, Azwan Ali Bacakan 77 Doa Peminat Depan Kaabah

16 June , 2017

Jika anda mengikuti perkembangan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DivaAA, beliau akan menunaikan umrah dan menyambut lebaran di Mekah setiap tahun, begitu juga dengan tahun ini.

LIHAT : Gambar & Video Azwan Ali Di Mekah Di Laman Sosial Adalah Gambar Lama

Sebelum Azwan Ali beliau bergerak ke Tanah Suci pada hari ini, beliau telah membuka kepada pengikut-pengikut Instagram miliknya untuk mengirimkan doa untuk dibacakan di Mekah nanti di Instagram beberapa hari lalu.

Akhirnya, sebanyak 77 doa dipilih dikalangan pengikutnya dan menyifatkan pengikutnya sebagai insan yang terpilih.

“Final Checklist, 77 doa yang dikirim #LUCKYfollowers akan ku seru depan Kaabah #Insyaallah only to those lucky 77 selected DOAs,” tulis Azwan Ali di Instagram.

Bukan sahaja 77 doa daripada peminat, malah Azwan Ali akan seru depan kaabah yang BN menang besar pada PRU 14 yang akan datang.

“Aku akan seru BN menang besar! Hidup DS @najib_razak” – tulis Azwan Ali.

Dilihat dari ayat yang ditulis oleh Azwan Ali, sudah pasti rakyat Malaysia tahu yang beliau maksudkan abangnya, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor sebagai ‘pencacai #MELAYUnerakaJAHANAMke7″.

Nampaknya krisis keluarga Azwan Ali masih belum pulih sehingga sekarang, mungkin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila komen dengan berhemah, jangan ikut sedap jari sahaja nak komen.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: